Resipi Monday Blues

Monday blues la sangat....
Pagi2 tadi dok gigih lipat baju segala mak nenek sampai rak baju yg kosong tetiba rapi penuh balik sonang laki den nak cari baju hahaha....
Pastu dek kerana lunch x masak (ZAs brunch nasik) maka kita masak awal.
Ptg kol 4 je terus Cik D masuk dapo siap2 bhn.
Sambil tu ralitkan bebudak dgn anggur, vitagen sorg sebotol & calciyum kakak suap adik.
Tak tek tang tung... Kol 530 setel 3 dishes.

♡ SUP AYAM ♡

Bahan A:
Ayam dibasuh dan dipotong kecil ~ Cik D ambil bahagian kepak (ptg 4 bhgn each) & leher shj lalu basuh dan toskan.

Bahan B:
Kentang & carrot dipotong dadu saiz medium

Bahan C (dikisar):
2 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
Sedikit lada hitam
Suku inci halia

Bahan D:
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Bahan E:
Garam
Daun sup
Daun bawang
Minyak bijan

Caranya?
1. Tumis BAHAN D dgn sedikit minyak.
2. Masukkan BAHAN C dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan BAHAN A + secawan air. Tutup periuk dan besarkan api. Renihkan sebentar supaya air rebusan ayam keluar. Barulah kick!
4. Masukkan BAHAN B. Tambah air dan kecilkan api. Biar sampai mendidih. Perasakan dgn garam.
5. Tutup api. Masukkan 3 titus minyak bijan. Kacau.
6. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

♡ IKAN BILIS CILI API ♡

Step 1:
Goreng ikan bilis sehingga garing.
Goreng hirisan kentang (tak terlalu nipis).
Ketepikan kedua2 bahan.

Step 2:
2 ulas bawang merah dan 5 biji cili padi ditumbuk. Nak pedas lagi, tambah cili lagi. Tumbuk jangan lumat. Tumis sehingga naik bau.

Stem 3:
Tuang sesudu besar air asam jawa ke dlm tumisan. Perasakan dgn secubit gula dan garam. Bila dah hoa liaw, tutup api.

Step 4:
Masukkan bilis dan kentang, gaul rata.

Step 5:
Hidangkan

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

♡ BUNCIS GORENG SIS TIRAM ♡

Tumis bawang kecil & bawang putih sampai naik bau.

Masukkan carrot & buncis yg dipotong panjang (1-2 inci lbh kurang).

Masukkan sedikit air.

Tambah sos tiram. (Tak perlu garam gula)

Hidangkan.

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

Setel. Kol 6, bg bebudak makan and now, dah setengah jam depa tergolek tidoq kekenyangan.
Alhamdulillah...
Air tgh momy :)
Cubalah!


posted from Bloggeroid
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D