1 Muharram detik permulaan...

Teks: Basripuzi Nuruladila Hassan Basri
Foto: D Family Outlet

Tarikh: 4 Muharram 1437H

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi...

Salam Maal Hijrah walaupun terlewat hampir 5 hari untuk mengucapkannya.

1 Muharram betul-betul mengingatkan saya awal pembabitan dalam dunia perniagaan atas talian. Tarikh keramatnya ialah pada 26 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H.

Saya bermula dengan dropship produk-produk penyusuan seperti breastpump, botol-botol susu, peralatan keperluan mengepam dan menyusus serta pelbagai produk keluaran Philips Avent dan Tommee Tippee.
Waktu tu Alhamdulillah rezeki anak sulung yang sedang saya kandung barangkali, permintaan terhadap barangan jualan saya laris.
Kedai saya hanyalah di Facebook Page dengan nama DILA AL-BASRI OUTLET.

Kemudiannya saya mereka kad perniagaan sendiri sekadar suka-suka dan cuba-cuba.
Dari sini, kawan-kawan mula mengenali perniagaan saya, Alhamdulillah...


Selain menjual breastpump, saya juga berusaha menimba ilmu berkaitan penyusuan susu ibu untuk dikongsi dengan para pelanggan yang membeli produk berkenaan.
Alhamdulillah, mereka mempercayai produk dan konsultasi saya.
Malah, ada yang sanggup berhabis ribuan ribu ringgit membeli pelbagai produk Avent saya kerana harga yang saya tawarkan murah hampir 40% berbanding pasaran.
Maklumlah, ketika itu kewangan negara masih boleh dikatakan baik dan kukuh.

Alhamdulillah...
Ramai yang berjaya menyudahkan penyusuan bersama-sama saya yang beranak sulung ketika itu.
Seronok sangat rasanya dapat membantu dan berkongsi momen-mone penyusuan susu ibu dengan rakan-rakan dan para pelanggan.

Setahun kemudian, suami saya mendaftarkan perniagaan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama NATAR DINAMIK dengan nombor pendaftaran 002189437-P.
Hanya tuhan yang tahu kegembiraan kami ketika itu, memiliki syarikat sendiri.
InsyaAllah, para pelanggan tidak akan ragu-ragu lagi untuk berurusan dengan kami.
Saya menambah produk jualan seperti pakaian menyusu, pakaian bayi dan permainan kanak-kanak pula.
Semuanya, dengan izin Allah, mendapat sambutan menggalakkan.

Namun rencana Allah tidak dapat diatasi.
Biasalah, dalam perniagaan ada jatuh bangunnya.
Perniagaan saya sedikit tidak teratur selepas anak tersayang disahkan sakit.
Hospital Selayang menjadi rumah kedua, Institut Pediatrik HKL menjadi istana hinggap kami.
Saya jarang-jarang dapat melayang permintaan pelanggan terutamanya yang urgent call.

Urusan dropshipping produk terpaksa saya hentikan. Kesian agen-agen saya pada ketika itu.
Namun saya senitiasa mendoakan rezeki mereka masing-masing.
Sesungguhnya, rezeki Allah SWT tidak pernah salah alamat!

Alhamdulillah, di sebalik kesusahan, Allah kembalikan mentari.
Selepas ujian demi ujian, saya kembali meneruskan perniagaan saya.
Tahun 2013, saya mengenali Shaklee dan kini meneruskan perniagaan dengan nama baharu D FAMILY OUTLET.

InsyaAllah, saya akan meneruskan perniagaan dan servis terbaik untuk anda selagi Allah mengizinkan saya mengusahakan perniagaan ini.
Dengan setulus hati saya menjemput para pembaca untuk LIKE halaman perniagaan saya di Facebook.

Untuk membuat pesanan atau mempelajari teknik-teknik power pumping, saya sedia berkongsi dengan anda melalui aplikasi Whatsapp.

Selamat berkenalan dan semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan.
Insya-Allah.
Amiin.

Salam sayang,
Basripuzi Nuruladila Binti Hassan Basri
Whatsapp: 017-349 0890
Carousell: @diloutlet
Instagram: @diloutlet



Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D