Tips elak jaundice

Assalamualaikum mak-mak...
Ape khabar hari ni?
Mak sihat? Baby sihat?
Dah ambil set berpantang Shaklee ke belum tu?

Hari ni Cik D nak share sedikit tips elak demam kuning atau jaundis.
Tips ini boleh diamalkan oleh mak-mak yang ade anak bermasalah jaundis terutama mak-mak yang berdarah O sebab anak anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk kena demam kuning.
Disamping itu, serahkan kegala kesakitan dan kesembuhan kepada Allah SWT sambil berusaha dan banyakkan berdoa.



Ada beberapa usaha yang bolehdilakukan untuk mengurangkan potensi demam kuning bagi bayi yang baharu dilahirkan


Ketika mengandung, mak-mak digalakkan mengamalkan pengambilan kurma sebagai snek. 
Boleh juga mengambil Habbatusauda, susu kambing, delima, barli dan minyak zaitun sebagai makanan tambahan.
Kalau boleh ambil yang dalam bentuk cecair atau jus.


Pada minggu-minggu terakhir kehamilan iaitu ketika hampir bersalin, mak-mak digalakkan memperbanyakkan minum air kelapa, jus oren original dan minyak kelapa dara. 
Cik D dulu minum air kelapa setiap hari bekerja sejak mengandung 8 minggu.
orang kata sebab tu la rambut si kakak tu lebatttt kemain, tak macam rambut adik hahaha

Semasa proses nak bersalin dan sejurus selepas bersalin pula, makan lagi kurma.
Lagi banyak lagi bagus.
Selain untuk tenaga push push tu nanti, kurma kan memang berkhasiat :)

Paling penting tahnikkan baby yang baru lahir tu dengan kurma yang telah dikunyah lumat.
Oleskan pada lelangit baby tu. Lakukan sekali atau 3 kali. InsyaAllah, kurma akan membantu menyokong sistem imunisasi baby selain susu ibu.
Pastikan kurma original. Mahal sikit takpe. Yang penting takde salut gula.
Kadangkala banyak kurma di pasaran ada disalut gula.

Susukan baby anda sekerap yang mungkin walaupun belum menunjukkan tanda-tanda jaundice.
Kalau dah kena tu, susukan setiap setengah jam supaya baby boleh kerap membuang dan buang kuning tu sekali.
Jangan biar baby tidoq ja...
Tak payah nak bg air anggur ka grip water ka air sengkuang cina ka susu kambing ka tak payah tak payah tak payah!
Bagi susu awak tu ja!
Dan jangan sesekali jemur baby kat cahaya matahari sebab sekarang ni dunia kita dah tercemar...

Semoga setiap usaha yang diiringi doa dan tawakal akan membawa hasil yang baik.
Selamat mencuba!

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D