Shaklee MEMUDARATKAN!

Assalamualaikum semua...
Sihat ke ahri ni?
Hmm... Cik D ni dah lebih kurang 3 tahun mengamalkan Shaklee ni...
Walaupun supplemen Shaklee dikatakan SELAMAT dan SEMULAJADI, ada sesetengah individu yang tidak boleh mengambil vitamin atau supplemen keluaran Shaklee ni dengan sewenang-wenangnya.
Kat sini, sebenarnya bukan salah SID atau supplemen atau brand vitamin yang ada ambil tapi anda sendiri tu perlu tahu penyakit anda dan apa yang TIDAK BOLEH dimakan dan memudaratkan
Sebab tu sebeklum membeli, Cik D akan tanya dulu latar belakang kesihatan buyer supaya senang Cik D nak cadangkan vitamin yang sesuai...
Ha hari ni meh kita santai-santai sambil ambil tahu apa supplemen Shaklee yang takboleh dimakan oleh para pesakit berikut:

Pengidap SLE
Golongan ni tak boleh mengambil Alfalfa dan Vitalea. Dalam Vitalea pun ada sedikit campuran Alfalfa. Begitu juga dengan Herb-Lax. Pun ada Alfalfa. Kalau nak juga makan sebab tahu Vitalea ni multivitamin tertua dan terbaik serta tahu Alfalfa n Herblax tu "ubat kurus" termasyur, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.


Pesakit G6PD
Mak-mak yang menyusukan anak yang menghidap G6PD pun tidak boleh makan Alfalfa tapi boleh menggantikan Alfalfa dengan ESP dan sebagainya jika mahukan Shaklee menjadi milk booster terbaik anda.

Penderita TALASEMIA
Ok, penderita penyakit ni tak boleh mengambil iron secara berlebihan. Boleh memudaratkan. Jadi, pesakit thalasemia tak boleh makan Vitalea yang diformulasikan dengan tambahan iron

Pesakit HYPERTHYROID
Pun sama macam pesakit thalasemia, penghidap Hyperthyoid pun tidak digalakkan mengambil Vitalea sebab kandungan iodine dah tinggi dalam darah mereka. Dalam Vitalea ada kandungan iodin yang tinggi. Mereka juga tidak boleh mengambil Alfalfa ye...

Pesakit HYPOTHYROID
Pesakit Hypothyroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid. Carotomax pon tak boleh diambil sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukarkan beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, pengambilan Carotomax tu tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.


Nak tahu lagi?
Singgah lagi kejap lagi untuk lebih informasi ye :)

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D