Online Based Business: Blog is more important than Social Networks?

Assalamualaikum semua...
korang perasan tak mak-mak berniaga dari rumah ni dah jadi trend kat Malaysia sekarang, kan? Surirumah dan berniaga macam dah tak boleh dipisahkan sebab masing-masing merasa bertanggungjawab nak selamatkan ekonomi keluarga dan selamatkan suami masing-masing daripada hypertension sebab kena kerja sensorang untuk sara family huhuhu...
 Minat Cik D terhadap perniagaan online bermula waktu mengandungkan anak sulong pada November 2011. Masa tu cuma berniaga di Facebook sahaja dengan nama Dila Al-basri Outlet sebelum ditukar kepada nama sekarang. Cik D pada waktu istu menjual barangan bayi berjenama Avent dan Tommee Tippee selain pakaian bayi berjenama Carter's. Seronok masa tu sebab ramai pelanggan terutama kawan-kawan yang baru nak menimang cahayamata pertama cam cik D. Paling best, pelanggan sayang Cik D sebab suka bagi diskaun. Banyak diskaun Cik D bagi tapi hasil tetap lumayan mungkin natijah menggembirakan hati ibu mengandung kot hehe Allahualam... Setahun kemudian Cik D beralih pula kepada blog. pemasaran di blog lebih menarik sebab lebih banyak yang boleh kita tulis dan share. Spacenya luassss....
Rata-rata sekarang ramai yang aktif berniaga di Facebook. Tup-tup terbit pulak Facebook Page kan... Hahaha... Umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap masa ada je "kedai-kedai" baharu dibina di Facebook dan invite korang untuk tambah LIKE hahaha betul tak? Facebook ni fokus utamanya adalah untuk berkongsi secara santai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih mudah. So sebenarnya kurang tepat kalau nak pasarkan produk atau perkhidmatan kita kat Facebook. 
Oleh itu, keputusan anda untuk memiliki sebuah website adalah satu pilihan yang terbaik sebenarnya kalau korang bercita-cita untuk berjaya dalam online business ni. Cari je website yang free dan senang diakses dan diselenggara. Contohnya yang Cik D tengah gunakan ni la - BLOGGER. Foc sajer... Dia dah macam online hub, hubungkan Cik D dengan korang, kan? Hehehe... Maksudnya Cik D dengan para pelanggan atau bakal pelanggan lah... 

Blog ni pon pada Cik D dah macam virtual business card atau virtual office selain bertindak sebagai platform marketing bagi produk Cik D. Jangan terkejut tau kalau Cik D cakap SEMUA pelanggan yang membeli VIVIX daripada Cik D menghubungi Cik D setelah membaca isi blog ni berkenaan slip disc. Sebab Cik D pon, mungkin ada pembaca yang dah sedia maklum, merupakan penghidap chronic slipped disc. Tapi Cik D masih ada Facebook Page, IG dan Carousell dengan nama serupa untuk pasarkan produk jualan cumaCik D anggap sebagai highway je la, untuk mudahkan org kenal-kenal jualan Cik D sebelum membaca dgn lebih panjang lebar di blog ini.
Psssttt... Sebenarnya cik D dah mula blogging sejak tahun 2007 tau... Dan blog personal daku itu masih aktif sehingga kini hehehe...
Errr... Ada yang nak berguru? Hehehe...
Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D