Makanan yang mencegah rambut gugur

Assalamualaikum semua...
Rentetan blogpost Cik D tempoh hari berkaitan rambuh gugur selepas bersalin, ramai pulak yang tanya the do and the don'ts untuk mengelakkan perkara ni berlaku.

Jadi hari ni Cik D nak share beberapa jenis makanan yang boleh membantu mengelakkan masalah rambut gugur ni...

Telur Dan Daging Ayam
Rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semula jadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut. Jika anda bukan penggemar telur dan ayam, boleh mencuba minuman berprotein non-GMO keluaran Shaklee iaitu ESP :)

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna hitam rambut dan mencegah rambut gugur. 

Kekacang
Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Vita-E Complex Shaklee.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut. Anda juga boleh mengambil Carotomax dan Suatain Release Vita-C Plus Shaklee.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut. Anda juga boleh mengamalkan Zinc Complex Shaklee jika anda tidak gemarkan makanan laut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala. Anda juga boleh mengambil Omega Guard yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan B-Complex Shaklee yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dan vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan anaemia deficiency tau!

Kunyit dan jintan 
Dua bahan ini merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat. Yang ni kalau goreng ayam ke goreng ikan ke bolehlah include sekali. Senang kan?



Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat. Untuk mendapatkan bekalan air bersih, boleh gunakan Get Clean Water Pitcher yang diiktiraf Persatuan Kualiti Air Dunia tu :)

Lain kali Cik D kongsi petua mengatasi rambut gugur pulak. OK?

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet

Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D