Kenapa dah lama makan Shaklee tapi takde perubahan pun?

Assalamualaikum semua...
Kadang-kadang Cik D cuak sangat kalau ada buyer yang PM atau Whatsapp dan bagi feed back macam ni, "Dah dua tiga kali topup Shaklee ngan akak tapi tak nampak kesannya pun ni..." atau macam ni, "Saya dah sebulan makan set kecantikan Shaklee tapi ada lagi jerawat ngan parut ni. Kulit pun kering..." atau macam ni "Apasal saya makan set kurus tu tak turun pon berat, takde pon inch loss???"
Hmm… Selalunya kalau buyer tanya camtu, Cik D akan soal balik...
Dah berapa lama ambil supplemen/set tu?
Makan setiap hari ke skip-skip?
Minum air masak berapa banyak sehari?
Masa bila makan vitamin tu?
Jaga makan tak?

Kebanyakan daripada kita TIDAK mengamalkan minum air secukupnya.
Dan bila benda tu jadi habit, lifestyle... memanglah susah nak ubah.
Sampai ada yang argue cakap tak suka minum air masak la bagai...
Pada Cik D la, kalau kita kurang minum air masak (bukan air2 manis, bergas, etc yang all time feveret tu ye...), makan ikut selera anak tekak dan makan vitamin ikut tahap kerajinan, kita memang takkan dapat la merasa kesan nya...

Meh Cik D bagi 5 sebab pengambilan vitamin yang tak berkesan.

Pertama: KORANG TAK KENAL SIFAT VITAMIN YANG KORANG AMBIL. MAIN MAKAN JER...
Mungkin ramai yang tidak mengetahui sifat atau fungsi bagi setiap vitamin yang diambil. Sesetengah vitamin bertindak balas dengan faktor pemakanan. Contoh vitamin-vitamin Shaklee berikut:
Vitamin B-Complex akan menukarkan makanan kepada tenaga. Kalau makan lepas makan, tubuh badan akan lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari
Vita-Lea pulak mengandungi zat besi. Kalau makan dengan susu, proses penyerapan zat besi dalam badan akan terganggu.
Ostematrix elok diambil sebelum tidur bersama-sama segelas susu supaya penyerapan kalsium boleh dioptimumkan. Hasilnya, tidur akan lebih lena dan korang akan bangun pagi esoknya dengan lebih bertenaga.
Vita E dan Alfalfa tak boleh diambil serentak sebab kandungan dalam Alfalfa akan menggangu penyerapan Vitamin E di dalam tubuh badan. Mesti jarakkan pengambilan lebih kurang 1 ke 2 jam.
Vita E dan GLA pon tak boleh dimakan serentak sebab akan menggangu proses penyerapan nutrisi.
Lecithin dan Omega Guard perlu diambil selepas makan kalau nak turunkan berat badan sebab Lecithin berfungsi memecahkan lemak dan Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak. Jadi proses nak kurus lebih cepat.
FAHAM dah?

Kedua: KORANG TAK MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA!
Berapa liter air yang diperlukan sehari oleh tubuh badan?
Ha, tau tak? Tak... Adoiiii...
Setiap individu perlukan SATU LITER air bagi setiap 25 KG BERAT BADAN.
Jadi, kalau berat korang 50 kg, berapa liter air kena minum sehari?
Cukup tak pengambilannya?
Tapi kenapa kena minum air masak.mineral ni?
Sebab... Air yang plain *tanpa camputan ni) baik utk badan dan akan mengoptimumkan proses penyerapan vitamin di dalam tubuh badan.

Ketiga: KORANG MAKAN TANPA KAWALAN SEOLAH_OLAH ESOK DAH DARURAT DAN MENGALAMI DERITA KEBULURAN
Sebaiknya kawal corak pemakanan seharian kita...
Kurangkan makan makanan yang tidak sihat seperti fast food, makanan yang tinggi kandungan lemak, makanan yang berminyak serta makanan yang tinggi kandungan gula. Kalau nakmenurunkan berat badan, nak kulit yang cantik serta badan yang sihat, faktor pemakanan juga diambil kira. Jangan harapkan magik pada vitamin.

Keempat: KORANG TAK MAKAN VITAMIN SECARA KONSISTEN
Konsisten itu penting jika nak rasakan perbezaan sebelum dan selepas pengambilan vitamin.
Kalau ambil vitamin sekali seminggu atau 2 kali jer seminggu macam mana lah nak rasa kesannya kan.
Sedangkan tubuh badan kita nie memerlukan makanan tambahan setiap hari.
Jadi tanamkan dalam hati, set kan minda supaya ambil vitamin setiap hari.

Kelima: KORANG TAK SABAR
Sabar jika inginkan cara yang selamat dan berkesan. 
Tindak balas setiap orang mungkin berbeza.
Bagilah badan tu 2-5 bulan untuk rasakan perbezaaan yang positif.
Pokok yang korang semai hari ni pon takkan berbuah esok hari kan...
Lebih baik lambat tetapi selamat, daripada cepat tapi merbahaya.


So amacam? Boleh terima tak?

Last but not least, pastikan tiga perkara ni diteliti sebelum mengambil sebarang supplemen:
1. Pastikan pihak syarikat yang mengeluarkan vitamin mempunya sijil HALAL.
2. Pilihlah vitamin semulajadi macam Shaklee, bukan jenis vitamin sintetik.
3. Pastikan pengeluar mempunyai kelulusan daripada pihak KKM

Salam sayang,

~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet

Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D