First semi-solid food: Resipi stok ayam dan puri sayur untuk baby

**Ni entry lamaaaaa sangat baru hari ni nak post hehehe sekarang Zunur pon dah makan nasi macam momy, ayah & kakak***

Assalamualaikum...
Nah Cik D baik hati tepek resipi yang Cik D buat untuk ZA#2.
Bukan taknak bagi fresh tapi stok ayam ni xde orang buat tetiap hari, mak oiii
Banyak2 terus sekali buat.
Perut baby besau mana sangat la kan.
Maka, buat & simpan beku.


Untuk sesi kali ni, Alhamdulillah, Cik D dapat 80 oz ciken stock + 15 midgets vege puree.
Cukup la guna untuk 2 minggu sementara nak tunggu Cik D official jadi WAHM 



Rebus setengah ekor ayam (bahagian tulang temulang atau rangka yang ade sikit-sikit daging tu) bersama-sama celery, carrot, halia, bawang kecil dan bawang putih sehingga daging tertanggal daripada tulang.
Gunakan api yang paaaaling besar untuk mendapatkan hasil sup yang jernih dan cerah.
Takyah guna minyak sebab ayam tu sendiri akan keluarkan minyaknya nanti.
Rebus lama-lama tau... macam 4-5 kali tambah air.
Cik D gunakan periuk besar 3 liter untuk dapatkan hasil 80 oz ni. Lebih kurang 2.4 liter la dapatnye.

Setelah dapat stok ayam yang diidam-idamkan, sejukkan dulu kemudian tapis.
Asingkan bahan-bahan lain dan bahagi-bahagikan supnya ke dalam bekas-bekas kecil untuk sekali kegunaan.
Cik D gunakan breastmilk storage bags 12 oz untuk stroe 10 oz setiap satu. So dapat 80 bags.

Bahan-bahan lain tu kemudiannya Cik D blend untuk menghasilkan puree.
Puree ni nanti Cik D campurkan dalam makanan baby masa memasak...

Bebukan semua bahan macam mana u ols simpan EBM yer...

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu baharu.

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D