WAHM: Tips jimatkan masa ketika memasak

Tadaaaa~~~
Well I guess org yg suka memasak termasuk chef2 pon suka kalau boleh masak laju2 ni...
Siap awal, rehat awal katenye...
Apetah lagi mak2 yg kje dari rumah.
Tu baru pk keje, blom pk nak urus anak lagi, hantar ambik g balik skolah la, kls agama la, sukan la...
Kit g kang ade pulak yg ngadu inchek husband ckp awak tu abaikan anak la, x urus rumah leklok la.
Syukurla UA blom pnah buat lagu tu kat Cik D.
So lets share camana nak jimat masa tang masak memasak ni...

~ Senaraikan menu apa yang nak dimasak sepanjang minggu tu: main course, appetizer, dessert, ape2 sahaje... Listkan semuanya. kemudian boleh tengok apa yang kurang atau bahan2 yang tiada kat dalam dapur, so boleh bli groceries untuk 1 week based on that menu.

~ Bawang, halia, serai, kunyit blend siap2 untuk stok seminggu. Asing siap2 untuk sekali masak. So bile nak masak, defrostkan dan campak2 jer hihihi

~ Cili pulak boleh kisar untuk stok sebulan. Takyah beli cili boh. Cili kering tu rebus dulu sebelum kisar. Add 1-2 titik minyak waktu nak blend tu.

Nah hambik Google bagi gambar peti ais idaman qolbuuuu huhuhu

~ Ayam beli untuk stok seminggu. Bubuh asing2 dalam plastik atau freezermate tuppeware untuk sekali masak berdasarkan menu minggu tu. So bila nak masak, amik ja plastik/bekas tu. Takdelah kena kluarkan semua ayam tu. Rugi khasiat asyik defrost je… Applied same mathod to daging, ikan, seafood. Rumah ni jarang ambik seafood sebab UA x suka mkn ikan dan Cik D ade contact dermatitis dgn seafoods especially udang... Nanti tgn jadi hulk pink.

~ Sayur pula jangan simpan dalam plastik, nanti berpeluh dan cepat rosak. Simpan dalam bekas kedap udara. Pon guna jenama Tupperware as d best choice untuk storage dalam fridge (dan luar fridge hihihi… Cik D pon tokey Tupperware). Untuk kegunaan time memasak2 pulak Cik D suka Vision. Kat dalam rumah ni jarang masak sayur sebab Cik D malas siang/potong sayur hahaha. UA suka la sup sawi je masaknye manjang hihi

Cik D punya set ni tapi ade free satu lg periuk saiz kecik sekali dgn penutup plastik maroon. Hoi sayaaaang sangat nih!

~ Makanan jenis berkuah contoh asam pedas, sup, etc boleh buat masak lebih dari biasa, sebab kuah tu boleh simpan dalam peti ais bahagian frozen tu. Boleh simpan 4-5hari. Bila nak guna, panaskan sahaja add on bahan mentah. Pastu add on 1-2 lauk lain. Tapi lazimnya Cik D masak 1 lauk + 1 sayur jer. Part ni save banyak masa especially kalau kita ada benda lain nak uruskan.

~ Pastikan ruang dapur dan ruang penyimpanan tersusun atur. Labelkan mana bahagian rempah ratus, mana bahagian pinggan2 untuk serving, mana bahagian pinggan mangkuk untuk daily use, mana bahagian sudu garfu sudip, mana bagaian untuk baking2, mana bahagian untuk cookies/biskut2, mana bahagian untuk teh kopi susu tepung gula. Mana bahagian peralatan dapur yang jarang guna, yang kerap guna. So mudah time nak masak, takdelah tercari-cari mana itu mana ini. Tapi mostly dapur kita, kita taulah kan… Nah, print dan paste je label2 ni hah comeyyyy

Gambar ihsan Google :)

~ Elakkan proses food kat dalam rumah. Nuget, sosej dan macam2 lagi. Buat sendiri, mudah je bukan susah mana pun. Nak-nak pulak kalau rumah ade anak kecik. Kuih macam donut, karipap, roti buat lebih pastu frozenkan. Ambil bila perlu. Biskut2 dan roti2 kat kedai tu pun kandungan gula tinggi tau. Else, ajar anak mkn lempeng, cekodok, etc yg bleh freshly made at home.

Itu jer kot, kalau ada lagi nanti Cik D share lagi. Tapi kesimpulannya, planning sangat penting. So rancanglah yer. TULIS. Nak masak apan nak beli bahan apa. Masuk dapur pun kena planning gak. Boleh jimat banyak masa. Kalau tak tulis, kalau tak planning, nanti otak tepu tak tau nak masak apa, tak tahu nak setel mana dulu. Last2 daripada 100 menu dalam kepala, akhirnya wasep je UA soh tapau huhhuuhu. Very not healthy dan mengundang hangin satu badan laki ai... So hopefully post ini bermanfaat kepada semua wanita2 hebat2 di luar sana. InsyaAllah...

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D