Tujuh tips untuk para WAHM yang dihormati...

Assalamualaikum :)

Korang... Meh Cik D nak share perkara yang wajib diketahui oleh mak-mak yang mahu bekerja dari rumah.
Senang cite, mak-mak yang nak berstatus WAHM ni la WORK FROM HOME MOM...

Well, Cik D pernah jadi WAHM sejak masih kerja dulu.
Apply work from home dgn cukup susah payah sebab ZA#1 sakit.
Iye... Anak sulong Cik D ni spesel sikit... Eh SPESEL SANGAT!

So, apa yang WAHM dan WAHD perlu tahu?

Yang PERTAMA, anda berkuasa!
Maksudnya apa yang kita lakukan di rumah semuanya atas tanggungjawab diri kita.
Sebelum ini kita pergi bekerja supaya gaji bulanan.
Kita lakukan apa yang disuruh dan kadang-kadang kita benci dengan politik pejabat yang pelbagai sifat dan rupa.
So, bila dah kerja sendiri kat rumah, semua keputusan kat tangan kita.
Kalau betul apa yang kita buat, semakin maju lah kita dan begitulah sebaliknya.
So, kitalah yang mencorakkan keadaan hidup dan kerjaya kita.

Yang KEDUA, rancang waktu bekerja & kos penjagaan anak.
Bukan senang nak bekerja dari rumah bersama anak-anak.
So, tak dinafikan, salah satu cara terbaik ialah hantar anak g taska.
Well of course kena bayar kan...
Tapi tak semua surirumah yang bekerja perlu mengikut cara ini ya. 
Kalau mampu, lebih bagus untuk mempunyai pembantu untuk jaga anak-anak supaya kita boleh fokus bekerja dan menyelesaikan beberapa perkara.
Macam Cik D, memang tak hantar anak ke taska sebab masalah transportation.
Bukan xde kenderaan tapi Cik D tak larat nak drive daily.
So, ada masa-masanya yang Cik D akan alami keadaan huru-hara untuk melaksanakan pekerjaan.
Tapi oklah sebab ada waktu2nya mak & adik beradik drop by dan tolong main dgn anak-anak, so I can finished my tasks.
Malam-malam, husband akan tolong kalau dia balik awal.

Yang KETIGA, anggaplah kerja dari rumah ni juga satu kerjaya...
Ramai surirumah yang melepaskan kerjaya terperangkap dengan pengurusan masa.
Lepas resign, mereka masih di dalam fasa "bulan madu" iaitu tidak menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menghasilkan pendapatan.
Jangan ingat bekerja dari rumah bermakna waktu bekerja yang sedikit, duit yang masuk adalah banyak dan anda tidak akan merasai sindrom "Ibu Bersalah".
Sebenarnya keadaan WAHM/D yang tidak pandai menguruskan masa dengan penuh disiplin dan fokus ni lebih teruk daripada mak-mak yang bekerjaya tau.
So sentiasalah anggap apa yang kita sedang lakukan ni sebagai suatu keryaja yang perlu dilaksanakan dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH!

Yang KEEMPAT, be creative!
Gunakan idea sendiri serta berfikir secara kreatif dan "luar kotak" untuk sentiasa fokus dalam melakukan tindakan.
Kita merupakan majikan kepada diri kita sendiri.
So, try sesuatu yang baru untuk terus mendapat sumber pendapatan.
Kalau yang berniaga tu, buat iklan yang luar dari kebiasaan peniaga-peniaga lain.

Yang KELIMA, kawal emosi secara bjak!
Walaupun bekerja sendiri sambil menjaga anak-anak, jangan ingat kita tidak akan ditimpa perasaan bersalah.
Cewah, waktu nak resign kemain belagak kono nanti 24 jam anak dpn mata takyah bg org jaga.
Tapi... Cuba bayangkan, ketika kita sibuk menerima tempahan pelanggan melalui telefon, anak-anak juga berebut telefon...
Apa tindakan kita? Sesetangahnya terus buat tindakan luar kawal, marahkan anak-anak dan cuba lari ke dalam bilik untuk teruskan perbualan. 
Jadi, adalah sangat penting supaya kita bijak menguruskan emosi dan tekanan.
Macam Cik D, mintak maaf dulu dgn pelanggan, tanangkan anak dalam masa tak sampai seminit, sambung perbualan.
So far, it's works! Tapi jangan ingat it'll always work!
So, penting ye kawalan emosi tu!

YAng KEENAM, berani mengambil risiko.
Kita tidak boleh selalunya bermain cara selamat iaitu dengan berada di zon yang sama. Mahu berniaga tapi tidak mahu keluarkan modal.
Seumur hidup buat DROPSHIP!
Mahu dikenali tetapi tidak mahu keluar bertemu orang.
Sepanjang masa jual online, takde keinginan nak consult pelanggan face to face.
Dan pelbagai alasan lain lagi (Cik D pun banyak juga cipta pulau alasan sebenarnya).
So, kalau mahu melangkah jauh, maka kenalah berani ambil risiko ya :)
Sesekali, keluarkan modal, pergi beli stok dan pos sendiri.
Kita juga dapat belajar dan rasa suasana beli barang, pos barang etc tu.

Yang TERAKHIR, yakin diri!
SEMUA SELLER mesti yakin dengan apa yang dijual.
Ini syarat wajib surirumah yang mahu bekerja dari rumah.
Yakin dengan diri anda,
yakin dengan produk anda.
Yakin apa yang kita buat adalah betul selagi tidak menipu pelanggan.
Yakinlah yang kita mampu hadap semua perkara sebab kita yang pilih kerja yang macam ni.
Paling penting, yakinlah yang ALLAH ITU MAHA MEMBERI...
Yakin pada Allah, insya-Allah kita berjaya!

So setakat ni, ni jelah yang dapat Cik D kongsikan.
Bekerja di rumah bukan lah semudah berhenti kerja dan esoknya bangun pagi tanpa perlu keluar rumah mengharungi trafik yang menggila dan duit berkepuk-kepuk masuk.
Tidak! Ianya tidak semudah yang disangka. 
Langsung tak semudah yang Cik D angan-angankan sebelum resign dulu.
Berada di rumah dan bekerja di rumah ni bermakna kita kena menggunakan kemahiran dan minat kita untuk terus mendapatkan sumber kewangan sendiri tanpa mengharapkan duit suami.

Nasihat Cik D, jika mahu bersama anak-anak dan bersara awal, lakukan dari sekarang.
Ada orang rezekinya cepat jadi cepatlah dia boleh meletakkan jawatan.
Tapi ada orang rezekinya lambat tapi dia tidak pernah berputus asa untuk mencuba.
Pokok pangkalnya, DIRI SENDIRI!

So sesiapa yang nak mulakan perniagaan, modal nak murah-murah je tapi still nak upgrade diri, ilmu dan kewangan...
Hubungi Cik D segera ye.
SMS/Whatsapp je dulu pon boleh...
017-349 0890
017-349 0890
017-349 0890
017-349 0890
017-349 0890
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D