Tips mudah membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum, selamat hari Jumaat semua~~~

Hari ni Cik D nak kongsikan 10 ayat pertama surah Al-Kahfi beserta terjemahan.
Ayat yang mempunyai kelebihan yang sangat besar untuk kita semua lagi-lagi kita umat yang berada di akhir zaman.

Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat." 
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)


So, jom cekidaut maksud 10 ayat pertama surah al-Kahfi ni dulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

َ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Beberapa pelajaran yang dapat diambil daripada cerita-cerita dalam surah ini antaranya ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah SWT serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu); adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara

Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi di dalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada Nabi SAW, baginda menyatakan "Itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut."
(HR Ahmad, Bukhari, Muslim)

 والله أعلم

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah ya.
Makin tua, makin susah susah nak hafal ayat padahal 10 ayat je pun. 
Rasa rugi sangat tak hafal masa kecik-kecik dulu waktu hati masih bersih dari bintik hitam dan noda... Sobs!

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D