Resipi: Juadah berbuka hari ke-7 Ramadan 2015



Assalamualaikum semua...
Dah p beli juadah berbuka?
Cik D cam biasa takde beli der...
Kita masakkkkk sebab UA kate walaupun simple tp majanan homemade la yg paling terlazat di sarwajagat.
Kekdahnye membodek bini...
Wakakaka
Well, nk jalan ke bazar pon tak mampu pasal ai kesakitan kepinggangan hari ni.
Ke taman pon idok le ye anak-anak gadisku...

So dek kerana tak leh berlama-lama di dapur tu maka kita masak je all in one dish.
All in one?
Ala... Sekali harung ada semua dlm periuk.

Lauk
Sayur
Kuah
Kolestrol

Gittew... Hahaha
So I cook KARI AYAM BENDI
Kuah banjir ok
Semoga cukup sampai ke sahur...

Bahan-bahan:
Bahan [1]
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang

Bahan [2]
Bawang kecil
Bawang putih
Halia

Bahan [3]
Minyak
Cili kisar
Rempah kari
Ayam
Santan
Bendi
Tomato
Garam
Gula
Air

Kekdahnye:
Panaskan minyak.
Tumis bahan [1] yang sudah dicuci dan ditoskan sehingga hampir garing.
Masukkan bahan [2] yang telah dihiris-hiris.
Tumis sehingga naik aroma enak itu tetapi janganlah sehingga membatalkan puasa...

Lepas tu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Cili kisar tu best kalau buat sendiri ye.
Kekdahnye kita share nanti...

Ok bila dah pecah minyak, masukkan rempah kari.
Ikut suka nak banyak mana.
I kena buh banyak sikit pasai UA suka yg pekat.
Lagipun kena ikut la sukatan Kuah n ayam yang korang nak masak tu.
Gaul kejap ayam tu dgn rempah2 tu sampai rata.
Tambahkan air sampai ayam tu tenggelam sikit then biarkan mendidih.

Lepas tu masukkan secubit gula.
Kalau nak lemak sikit (kononnye), boleh buh gula perang tu.
Lepas tu kacau dan masukkan santan.
Kecilkan api dan kacau sentiasa dalam usaha mengelakkan santan pecah.

Bila agak-agak ayam dah serap santan dan dah nak setel masak, masukkan bendi.
Masak sekejap.
Perasakan dengan garam pulak.
Kacau dan tutup apinya baru masukkan tomato.

Dah siappppp boleh p tengok TV dah.
Haippp solat asar jgn lupa naa...
Hambik hang kol 430 ptg dah siap masak lauk berbuka.
Terer tak Cik D?
Hihihi...
Selamat mencuba ye!


Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:
posted from Bloggeroid
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D