Of teh tarik and fruits juice

Cik D teringat perkataan mengeteh yang selalu digunakan skrg ni yang bermaksud melepak2 sambil minum kat mapley. Ye ke?
Orang dulu-dulu mengeteh di kedai kopi kepunyaan tokey cina. 
Ah, teringat pulak Cik D kat arwah atok -Tok Wi! Rindunyaaaa...
Rindu kenangan arwah atok bawak kami 3 beradik naik motor ngeteh di darat (hujung kampung).
Harmoninya kehidupan waktu tu, kerana berbagai bangsa boleh minum kopi sama-sama semeja.

Dalam hati tertanya-tanya, apalah sedapnya "mengeteh" di kedai tokey cina?

Apakah di rumah sudah tidak enak lagi aroma tehnya?
Benar, teh tarik di kedai kopi lebih enak rasanya berbanding di rumah.

Kenapa? Kerana buihnya, rasa lemak manis dan aromanya.
Eh, ini bukan Cik D yang kata, orang yang kata pasal Cik D TAK MINUM teh tarik huhuhu
Sampai hari ini kurasa teh tarik tiada yang sedap di tekakku.
Sorry Malaysian!

Well Cik D is a fan of plain water ye sejak kicik hehe

Tapi how if kita share sikit sini 7 jenis jus dan manfaatnya?


JUS DELIMA
Kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat. Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta asid folate yang penting pada tahap awal kehamilan.
ANEKA-JUS

JUS OREN
Untuk sistem kekebalan proteksi terhadap anemia. Sumber ini merupakan sumber yang paling baik dari vitamin C dan juga sumber asid folate, sebaiknya wanita hamil minum dalam jumlah kuantiti yang banyak. Minum jus oren dengan makanan meningkatkan ambilan besi untuk perlindungan terhadap anemia. Malah, ia juga membantu mencegah radang sendi.
Perahan-Jus-Oren

JUS EPAL
Manfaatnya untuk tenaga, perlindungan kepada jantung. Kaya akan flavonoid yang membantu melindungi jantung. Memiliki 1/3 kadar vitamin C jus oren. Mengandungi banyak gula fruktosa.
007

JUS NENAS
Manfaatnya untuk pencernaan, buah ini mengandungi enzim bromelain, yang membantu mencerna protein dan buah ini juga mengandungi gula alamiah untuk meningkatkan tenaga. Mengandungi 11 mg vitamin C/100 ml.
DSC_0468a (Small)

JUS CRANBERRY
Mencegah terjadinya batu karang, proanthocyanidin dalam jus cranberry menghentikan perlekatan bakteria yang berbahaya pada dinding buli-buli, dengan demikian menurunkan terjadinya infeksi saluran kencing. Jus ini mengandungi vitamin C dalam kadar yang sangat tinggi dan jus ini dijual dengan penambahan gula kerana rasanya pahit tanpa penambahan gula tersebut.
Makanan Nutrisi

JUS TOMATO
Manfaatnya untuk menguruskan badan, jus ini menguruskan badan ini hanya mengandungi 50 kalori/250 ml. Jus tersebut juga mengandungi bioflovonoid yang membantu memperkuat pembuluh darah kapilari, jadi tidak menimbulkan kebocoran pada pembuluh darah dan pembentukan ruang yang mengandungi air pada kulit yang menyebabkan selulit. Dan kandungan likopen dalam tomato telah dikaitkan dengan penurunan risiko terjadinya kanser prostat.
Tomato_juice

So amacam?
Nak teh tarik ke jus?
Ke nak VIVIX ker? Hihihi


Jangan lupa cekidaut panduan kalori dalam 17 jenis minuman di Malaysia kat page Kevin Zahari ye :)

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D