Of respect and breastfeeding

Assalamualaikum mak-mak…
Dewasa kini, nak-nak pulak bulan Ramadan ni, kemain banyak dan makin bersepah orang promote makanan tambahan yg boleh banyakkan susu badan katenya.
Dikuatkan dgn saknika gambar stok susu yg dah tak.muat simpan dalam fridge katenye.
Nasihat Cik D…

1. Hormati makanan
Susu (tak kira susu badan ke susu tepung ke susu dah beku keras ke susu bau pam ke) itu ialah makanan anak-anak. Janganlah lambakkan kat lantai semata-mata nak amek gambo. Tak kisah apa tujuan ambik gambar tu. Testimoni ke. Saje nak “syukurrrr hasil tuaian hari ni” ke. Konon nak bagi semangat kat other BF atau EP mom ke. Tak kisah lah apa nawaitu tu dalam hati yang hanya Allah yang tahu tu… Pokoknya, HORMATI MAKANAN. Makanan sendiri amboiii kemain marah kalua orang buat bukan-bukan. Makanan yang kita nak suap kat mulut anak, takde pulak kita nak hormat. Orang cuci botol dgn multipurpose cleanser dianggap menggelikan, so, ade beza ke dengan melambakkan EBM atas lantai tepi dapur untuk disnap gambarnya?

2. Hormati hati & perasaan org lain
Bukan semua ibu dikurniakan rezeki untuk menyusukan bayi sendiri. Ok, mungkin akan ada yang ckp "sbb tu kita jual mknn tmbhn utk bykkn susu" atau "semua ibu dicipta mempunyai air susu, jgn tipulah!" dsb. Ye, memang itu fitrah perempuan yang melahirkan anak, tapi bukan takde atau tak cukup susu je sebab mereka tak dapat atau tak mampu untuk menyusukn bayi mereka. Semua tu kan rezeki dari Allah. Paling penting, tu ketentuan & kehendak.Allah. Jadi sementelah nak menghaplod “hasil tuaian” masing masing kat lama social tu, think twice, think again, “ade tak hati-hati yang bakal terluka lalu membawa dosa dan mengurangkan pahala puasa aku jika aku upload gambar susu ni nanti?”
Maaf cakap, Cik D yang memang buat stok EBM berpeti-peti dan anak pon Alhamdulillah tak menolak chill EBM ke frozen EBM ke ni personally tak suka golongan mak-mak yang suka tayang hasil tuaian ni. Maaf ye… SUSU IBU BUKAN AURAT, takde masalah pon nak tayang kat orang. Yes, one point on the do! Mungkin juga kalau kita post hasil tuaian kita tu, orang akan jadi lebih bersemangat nak pam n simpan stok susu untuk anak. Another do point. Tapi in other hand, Cik D fikir jugak the donts. Kenapa? Well, wanita ni sangat mudah mengundang fitnah. Ada kalanya, dengan hanya melihat hasil susu perahan tu, aka nada ajnabi di luar sana yang tetibe terhigh lalu membayangkan boobs kita. Ups! Well, I just tak nak dapat share di situ. Allahualam.

3. Hormati lidah, hormati jari
To the seller, jangan simply claim produk itu produk ini yang kalian jual MEMANG AKAN BANYAKKAN SUSU SAMPAI MELIMPAH RUAH WALAUPUN KETIKA BERPUASA. Ingat sekali lagi dan teruslah ingat sampai mati, susu ibu tu rezeki daripada Allah SWT. Promotelah sambil ajak jugak para pelanggan yakin dgn rezeki Allah. Itukan lebih baik? Badan manusia ni unik. Tak semestinya kalau Joyah makan produk H susu dia jd byk, Jakiah pon akn meningkat production susunya lps makann produk sama walaupun mereka kembar seiras. Kenapa? Sebab mereka adalah DUA individu yg unik. No TWO men are alike! Jadi jangan biarkan lidah (yang mempromote) dan jari (yang menaip promosi) tu dibakar api neraka dek overclaim kita. Dah kira macam menipu tu tau. Seeloknya, disamping promote supplement yangn kita jual, ajar cara-cara tradisi dan Islamik juga, utk banyakkan susu ibu. Allahualam...

Set ni ade 5% diskaun... utk mak-mak menyusukan..

Sape nak tahu kisah Cik D disebalik #setmenyusu & #Mighty3Gems #Shaklee boleh hubungi Cik D di talian 017-349 0890. Bukan kisah hepi je blh dijadikan testimoni, kisah tak hepi dan tak menjadi pon boleh… Cik D ada kedua-duanya, daripada diri sendiri gitu… InsyaAllah!


Oh, kalau nak guide on POWER PUMPING pon boleh whatsapp Cik D ye. Ilmu takdelah banyak tapi setakat ni, Alhamdulillah berjaya atas usaha. Maka bolehlah dikongsi bersama. Bukan kongsi susunya, kongsi kekdahnya...

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~
017-349 0890

Instagram: @adilola
FB Pages:
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D