Of breastfeeding and fasting

Pejam celik cepat sungguh masa sekarang berlalu...
ZA#2 pon bakal beusia setahun 1 Syawal tahun ni…
Teringat-ingat UA berbuka kat spital masa nak discajkan kami Ramadan tahun lepas.
Eh, sayu pulak hati ni huhuhu…

Entry ini Cik D tujukan khas buat ibu2 menyusu diluar sana lantaran kita sekapal...
Cabaran breastfeeding ZA#1 dulu menjadi satu kenangan yang taknak Cik D kenang.
For that, sedaya upaya kucuba menjadikan peluang bf kali kedua ni sebagai yang manis buat Cik D, sebab mungkin ianya juga peluang terakhir… Sobs!
Oh but, sekarang tetiba… Tetiba sangat ZA#1 mintak bf semula so usually siang2 Cik D bertandem nursing 3y3m & 11mo ZAs huhuhu

Memandangkan majoriti customer Cik D ialah ibu menyusu, ada juga yang direct contact Cik D untuk perkongsian ilmu terutama kekdah power pumping, walaupun Cik D ni bukanlah certified lactation counsellor ke hape kan…
Sekadar sharing on experienced based sebab memang sepanjang berpantang dan PP 2x sehari tu, Cik D berjaya kumpul lebih 10 liter EBM dalam masa sebulan.
Disekalikan dengan pengambilan berkarton-karton air masak suam dan supplemen seperti ESP, Mealshakes, Performance Drink, B-Complex, Ostematrix dan Vitalea.
Alfalfa tak makan sebab ZAs cirit-birit kalau Cik D makan masa dlm pantang.

So setelah kita ikhtiar, hanya doa yang mampu Cik D kirimkan buat mak-mak semua, sbb Cik D bukannya ahli magician...
Setiap titik susu yang keluar adalah rezeki yg telah ditetapkan olehNya... Maka jom kita berusaha sambil menadah tangan memohon padaNya…

Dan perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka…
Kecekalan,azam, yakin pada rezeki-Nya…
InsyaAllah misi mak-mak semua akan Berjaya! 

Semua kena tahu konsep demand vs supply.
Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan...
Meh Cik D senaraikan 11 tips atau langkah gerak gempur yang mak-mak semua boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan terutama sepanjang bulan Ramadan yang bakal start minggu dpn ni...

Khas dari seorang momy yang menyusukan, untuk rakan-rakan ibu yang menyusukan bayi memasing juga 

1. Kerapkan menyusu (direct feeding) atau mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur melebih 4 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Boleh juga lakukan tendem nursing dengan memerah sebelah payudara yang tidak dihisap oleh bayi.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan (supply and demand). Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu akan dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. This is very true sebab sesi power pumping Cik D ialah di antara jam 2 hingga 5 pagi. 


2. Jangan tunggu payudara penuh 
  • Ada sesetengah mak-mak ni suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika mak-mak semua menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika mak-mak semua beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak dan dapat bantu naikkan berat badan bayi!

3. Minum banyak air

Pastikan mak-mak semua minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Mak-mak semua digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir bayi, fikir susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi anda. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu atau direct feeding. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Matin 70x sehari setiap lps subuh & malam...

5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendem pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Guna manual atau marmet pon boleh. Else, gunakan double pump 

7. Teknik marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 hingga 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu mak-mak semua sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpt 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi lagi 0.5 ke 1 oz. So in total boleh dapat up to 5oz per session. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman Cik D sendiri yer (waktu rajin PP dulu hehehe)...

8. Menyusu atau mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika mak-mak semua terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika mak-mak semua mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Pam je secara berterusan selama 15 minit walaupun susu dah berhenti keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, mak-mak semua berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu mak-mak semua mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, mak-mak semua perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Mak-mak semua boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen

Yang ni for sure Cik D cadangkan Set Berpantang Shaklee. Tapi kena ingat, supplement bukan satu-satunya method memperbanyak susu ibu! Mak-mak semua perlu pegang konsep supply and demand tu ye… Jadi kalau makan supplement tapi susu tetap x banyak… Jgn salahkan supplement sahaja, ingat balik mak-mak semua tu konsisten mengepam ke tidak? Hihi

So, selamat meneruskan perjuangan sepanjang Ramadan Al-Mubarak. Doa Cik D sentiasa mengiringi mak-mak semua dlm apa jua hajat dan impian mak-mak semua… Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung dan penolong.

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:

Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D