Hasrat seorang surirumah... Nak tanam halia sendiri katenye!

Hmm... Bangun pagi-pagi cam biasa nak prepare bubur ZA#2, ternampak pulak halia besar2 tu dah bertunas.
Adelah 4-5 tunas dah keluar... Gemuk-gemuk!
Terus tetiba bangkit semangat nak menanam sendiri halia di rumah burung ku ini heheheh...
Ahad tolong segera datang supaya boleh ajak UA pergi gali sikit tanah kat Taman Metropolitan nak buat tanam halia~~~

Gigih mak gugel cara nak tanam halia tepi rumah.
Katanya... Halia mampu hidup tanpa penjagaan yang rapi tapi kena pastikan keperluannya dipenuhi supaya pokok lebih subur.

This is one i like best about ginger...
Warna kuning dia cantik!

So apa keperluannya nak tanam halia ni?

SATU: Medium tanamannya perlulah gembur dan kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap untuk pertumbuhan yang lebih subur. So kena banyakkan siraman air terutama pada hari panas atau musim kemarau.

**Potong tunas2 halia tu, korek sikit tanah dan tanam rizom tu. Satu pasu, satu rizom. Nanti dia tumbuh, biarkan gemok hehehe***

DUA: Ia sesuai didedahkan kepada cahaya yang banyak dan juga separuh teduh. So boleh buh kat luar rumah yang skangkang ZA#2 tu. Jgn nanti dia keluar korek2 halia momy, udahhhh

TIGA: Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam untuk membajanya. Mana maw cari??? Kalau guna tinja ZAs boleh x? Hahahaha tak lalu haku nak masak apetah lagi makannye nanti!

EMPAT: Ia sangat sesuai untuk ditanam ditanah yang lembap di kawasan yang agak luas kerana ia begitu cepat membiak. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu atau bekas tanaman berbentuk cantik untuk dipamerkan di laman atau taman. Hmmm... Gigih juga hati jiwa raga mak nak tebuk lobang kat bekas polisterin tu tau... Eh, tapi ape kata kita wasep je Atok ZAs suruh bawak tanah & pasu? Hehehehe... Semoga sempat lah tunas-tunas halia ku itu menanti Isnin Atok kembali :p

Well, macam rugi la kan kalau boar je kering then kena beli lain...
Lagi pon halia ni banyak khasiatnya untuk tubuh badan.

Oh, kalau yang tak memasak di rumah tu atau masak tak guna halia tu atau alahan masa peknen takleh nak masuk dapo tu... Boleh consume ni...

Shaklee Peppermint-Ginger Plus

Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manisuntuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil dia juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. 

Ada kombinasi 4 herba dari barat dan timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Secara klinikal ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastric, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. 

So, bukan sahaja ibu mengandung perlu simpan PGP ni dalam handbag, sailor & navy pon perlu jugak kot heheheh...
Murah2 sajer... Hanya RM45 sebotol (90 biji) so lebih kurang 50 sen je sebiji compare dgn harga ubat tahan muntah kan...
Kalau nak buat stok, contact Cik D yer...


Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D