5 petua hilangkan eye bags

Assalamualaikum semua~~~
Selamat menjalani ibadah puasa ye.

Hmmm... Sure mak-mak ni tak berapa cukup tido kan bulan puasa ni. Bangun kol 3-4 pagi prepare juadah sahur. Lps sahur terus siap-siapkan anak nak skolah, suami nak g kerja dan sendiri pon bersiap g opis. Kat opis memang idok le dpt tido. Kot ye pon kholullah sekejap time lunch hour kan. Lps tu sambung kerja, balik rumah terus prepare pulak juadah berbuka. Selesai berbuka, berterawikh & tadarus pula. Alhamdulillah. Dpt kejar banyak pahala dlm bulan mulia ni. Syukurrr...

Tapi dek kerana tak cukup rest tak cukup tidur tu, timbul pulak eye bag & lingkaran gelap bawah mata. Haishhh... Kalau bag Prada ke LV ke boleh jugak nak bangga ditayang-tayang (semoga Allah jauhkan kita dari sifat riak)... Ini... Eye bags... Alahai...

But don't worry... Cewah speaking London Cik D ko ni haih!
Ye ye tak pe tak pe... Ada banyak cara untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata tu, Mak oiii. Banyak cara untuk miliki mata cantik. Cara yang paling mudah boleh diperolehi dari bahan-bahan dr dapur jer.

Petua SATU: Gunakan ketulan ais.
Bungkus ketulan ais di dalam kain (better guna sapu tangan atau kain lampin).
Tekapkan kain berais pada mata.
Jika rimas dgn keadaan basah, boleh gunakan sudu yang telah disimpan di dalam peti ais semalaman.

Petua DUA: Minum banyak plain water.
Air ialah bahan yang paling mudah dijumpai (jika tidak kemarau). Air juga merupakan penawar paling jimat dan paling berkesan untuk mengelak atau merawat sakit. Air banyak membantu dlm proses pemulihan badan. Jadi, minum banyak air masak @ air kosong untuk mengelakkan eye bags diperoleh secara percuma!

Petua TIGA: Tekapkan uncang teh pada mata untuk mengurangkan kesan mata sembap.

Petua EMPAT: Gunakan timun.
Hiris timun nipis-nipis dan sejukkan seketika di dlm peti.
Tekapkan pada mata sebelum tidur.
Astrigent yg ada dlm timun membantu mengurangkan mata sembap.

Petua LIMA: Gunakan kentang sebagai ganti timun dengan cara yang sama seperti petua empat.

Atau... Lakukan langkah mudah untuk mengurangkan eye bag dan lingkaran hitam bawah mata dengan lebih berkesan, lebih senang dan lebih pantas. Cubalah EYE TREATMENT SHAKLEE.



Eye treatment ini boleh mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. Sesuai juga untuk bahagian leher dan mulut. Dan keberkesanannya terbukti secara klinikal tau. Apa yang dibuktikan?

√ 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
√ 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
√ 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
√ 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
√ Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
√ Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
√ Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Hmmm... Menarik kan? Murah pulak tu!
Hanya berharga RM52.50 untuk dapatkan mata yang cantik menawan dan kulit bawah mata yang tegang. Walaupun hanya 14 ml je dalam tiub tu tapi boleh tahan berbulan-bulan sebab hanya 1 titik kecil je diperlukan setiap kali memakainya.

So jomlah kita menjaga kecantikan mata nak nak pulak time time tak cukup tido mcm bulan puasa ni...
SMS/WA je Cik D untuk order ye. Murahhh...
posted from Bloggeroid
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D