4 amalan ringkas untuk ibu yang menyusukan bayi

Assalamualaikum...
Salam sayang buat semua yang mempercayai dan membeli supplemen #Shaklee daripada Cik D, baik yang dikenal di alam realiti atau di alam maya.
Maaf sekiranya Cik D tak berkesempatan utk bertannya khabar anda.
Rancangan Allah tu di luar kemampuan Cik D...
Hanya doa yang sentiasa hari2 dikirimkan buat semua..

Dan yang baru membeli supplemeen #Shaklee daripada Cik D, harapan saya agar anda bersabar menantikan hasilnya.
Tak dinafikan, ada orang tu, selepas makan terus2 nampak kesan yg mengujakan tanpa healing krisis.
Ada jugak yang kata, takde ape2 pun... Tak banyak pun susu...
Kadang2 tu, bila ibu2 mengadu, Cik D hanya mampu menjadi pendengar yang setia.
Lepas tu sikit sebanyak daripada ilmu yang Allah SWT pinjamkan ni, Cik D share kekdah mengepam dan power pumping yang effektif (towards me)..

Cik D sendiri malah supplement Shaklee atau apa sahaja yang kamu makan dan lakukan tu tiada daya upaya untuk menjadikan susu ibu itu bertambah dengan sekali petik jari.
Semuanya dengan kuasa dan kehendak Allah jua...
So pagi ni Cik D nak kongsikan doa yang anda boleh amalkan sepanjang penyusuan susu ibu.

Photo credit to IBU ZARITH

So mak-mak yang rasa struggle sangat nak susukan baby tu,
jom baca doa ni... (tips #1)

"Ya ALLAH ya tuhanku...
Permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
banyakkanlah susuku untuk bayiku (sebut nama anak lagi baik),
dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan"

Surah al-Hujurat; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi
Niatkan dalam hati semoga Allah SWT murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kite.
Tapi jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang daripada Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60 (tips #4)
Sambil dibaca letakkan tangan pada breast
Doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita
Dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
Ni ayatnya untuk lebih jelas...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,
maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu",
(ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu
dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak
(di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.
(Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu
dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (tips #3)
(Maha Sempurna KekuatanNya) 
Amalkan 70 kali setiap hari sekurang-kurangnya.
Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.
Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
Yakinlah Allah itu maha memberi rezeki...

Semoga amalan2 rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua
InsyaAllah...


Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~

Instagram: @adilola
FB Pages:
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D