Solat sunat witir

Assalamualaikum :)
Sekadar perkongsian di pagi Sabtu yang indah...


Apa tu solat witir?

Witir tu, solat sunat yang dilakukan dengan rakaat ganjil, sama ada bersendirian atau berjemaah.
Hukumnya sunat muakkad.
Dikerjakan sebaik-baiknya 3 rakaat dengan 2 salam dan sebanyak-banyaknya 11 rakaat dengan 7 salam.


Barangsiapa yang telah mengerjakan witir penamat, kemudian mahu bersembahyang lagi selepas itu, maka dia boleh bersembahyang tetapi tidak mengulangi witir kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Tiada dua witir dalam satu malam."


Apa fadhilatnya?

Solat sunat witir adalah lebih afdhal daripada solat-solat sunat rawatb yang lain.
Kenapa?
Sebab para malaikat turut menyaksikan kesungguhan amalan kita.


Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Wahai ahli quran, kerjakanlah solat witir kerana Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekali kepada witir." Riwayat Ahmad


Allahualam.





Nota: Petikan buku Solat-solat Sunat susunan Ustazah Sabariah Hj. Salleh, JAIS.
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D