HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA

Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam a.s, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat. (HR. Ibnu Majah)
BERLAKUNYA LIMA PERISTIWA PENTING ALAM INI. Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. (HR. Ahmad)
JUMAAT ADALAH ANUGERAH TERHEBAT! Demikian hebatnya hari Jumaat. Hayati hadith-hadith di atas kita dapat rasakan satu peluang yang maha hebat yang disediakan oleh Allah buat kita jambaNya. Doa sayangkan hamba-hambaNya sebab itu disediakan ganjaran yang cukup hebat segabai tanda anugerah, pemberian dan hadiah buat mereka yang payak mendapatkannya. Lakukanlah pasti Allah gadakan ganjaran dan luaskan kerahmatan juga keselamatan di dunia malah yang lebih penting lagi kebahagiaan di aalam sana nanti.
SAIYIDUL AIYAM. Jumaat adalah hari yang cukup istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasululla s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Jumaat dinamakan sebagai Saidul aiyam iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).
KITA UMMAH YANG TERPILIH. Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk. (HR.Muslim)
HARI JUMAAT HARI YANG PENUH KEBAIKAN DAN AMAT BERKAT. Kita tahu bahawa Allah a.w.t. telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota yang Suci lagi berkat; Dia juga menjadiukan dan memuliakan 3 buah masjid utama dalam Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa; Allah s.w.t. juga menjadikan bulan Ramadhan Al-Mubarakah sebagai bulan paling mulia di berbanding bulan-bulan yang lainnya dan dalam bulan ini juga disediakan malam 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar sebagai hadiah terhebat dalam hidup ummat Muhammad s.a.w; Dia juga menjadikan sepertiga malam sebagai saat dan waktu yang paling efektif dan mustajab untuk munajat dan mendekatkan diri kepada Pencipta dan Pemilik alam semesta; demikian juga hari Jumaat, hari yang diangkat darjatnya sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ iaitu penghulu bagi seluruh hari. Hari Jumaat ini adalah hari yang paling utama dan berharga buat kita semua yang mana padanya disediakan sungguh banyak kebaikan, keberuntungan, peluang yang hebat untuk kita meraih pahala yang berganda-ganda!
KIAMAT NANTI JUGA PADA JUMAAT. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam a.s. diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR.Muslim)
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D