Doa: Allah maha memakbulkan

Salam semua...

Cik D teringatkan sesuatu hari ini.
Tentang kuasa berdoa.
Allah maha memakbulkan doa.
Kalau bukan sekarang, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin satu hari nanti.
yang pasti, Dia akan memakbulkan doa kita semua, pada waktu paling tepat, yang hanya Dia yang tahu.

Kerana Cik D pernah berdoa selama bertahun-tahun.
Lebih sedekad Cik D berdoa, memohon hanya SATU perkara, SATU kemahuan, SATU keinginan, SATU harapan yang serupa.
Lebih empat ribu hari Cik D mendoakan perkara serupa, menyebut ayat yang sama, mengharap sungguh-sungguh permintaan yang sama dikabulkan.

And yes!
Akhirnya Allah makbulkan perkara yang satu itu.
Selepas DUA BELAS TAHUN Cik D berdoa!
Dia memberi bukan sahaja apa yang Cik D MAHU...
Tetapi Cik D juga dapat apa yang Cik D PERLU...
bukan berdoa saje la ye... workout dia boleh tahan jugak doblas tahun tu woo...

Terima kasih Allah...

Wahai hamba, janganlah putus berdoa!
Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D